Gambaran keseluruhan Jython

Program yang ditulis dengan Jython boleh mengimport dan menggunakan mana-mana kelas Java. Program Jython tidak menggunakan modul Python melainkan beberapa modul piawai, tetapi sebaliknya menggunakan kelas Java. Jython dilengkapi dengan kesemua modul dalam edaran Python piawai, kecuali yang dilaksanakan pada asalnya dalam C. Sebagai contoh, antara muka pengguna grafik dalam Jython boleh ditulis dengan Swing, AWT atau SWT. Jython dikompilkan kepada kod bait Java samada semasa diminta atau secara statik.